Latest Products
Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh #htmlcaption Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh Image by Chenta Qaseh
BAGAIMANA JIKA HARGA EMAS TURUN?

BAGAIMANA JIKA HARGA EMAS TURUN?

Pembetulan pasaran emas baru-baru ini yang mana harga emas turun ke paras hampir ke USD1308.50 peraun di pertengahan bulan Januari pada 23 Januari 2011 telah membuatkan ramai penyimpan emas rasa gelisah dan ada yang mengambil peluang untuk menambahkan simpanan. Persoalan, apakah harga emas yang naik terus menerus sejak 10 tahun yang dulu telah mencapai puncaknya? Secara sederhana, saya tidak berfikir begitu!

Kebiasaannya dalam apa-apa bentuk pelaburan di pasaran domestik atau antarabangsa, pembetulan pasaran akan menjadi sebahagian daripada pelaburan dalam segala hal. Begitu juga dengan pasaran emas tidak ada bezanya. Harga akan naik dan turun kerana memenuhi permintaan dan tawaran di pasaran. Tetapi kita harus ingat bahawa emas ini tidak pernah ada nilainya. Ini boleh dibuktikan dengan kata-kata Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH S.A.W telah bersabda; Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM(logam Emas dan Perak untuk digunakan) Musnad Imam Ahmad Ibn Habal.

Bagaimana pula dengan pasaran mata wang kertas yang mana selalu dimanupilasikan oleh Kerajaan dan Bank Pusat sesebuah negara. Ini berbeza sekali dengan emas, selalu diakui oleh seluruh manusia sebagai memiliki nilai intrinsik.  Memanipulasikan nilai emas amat sukar kerana suluruh dunia sudah mengakui dan malahan ada sesetengah daerah di Indonesia telah menggunakan dinar emas sebagai jual beli. Mungkin siapa tahu dalam masa yang terdekat ini pengantian wang kertas(wang fiat) akan berlaku kerana rakyat sesebuah negara mahukan sesuatu atelnatif perdagangan yang relatif stabil dan mempunyai nilai intrinsik. Kecuali berlakunya 2 perkara tersebut:

  1. Seseorang yang mempunyai emas yang bertan-tan beratnya tidak mahu dilepaskan ke pasaran terbuka; dan
  2. Seluruh Kerajaan dan Bank Pusat di dunia ini  menyelesaikan keseluruhan hutangnya yang bernilai trilion dollar dan menghentikan cetakkan wang kertas.(kecuali negara China)

Saya yakin sebahagian daripada kita ini memiliki saham yang diniagakan di Papan Bursa Saham. Sudah menjadi lumrah kita akan menyaksikan bagaimana naik turunnya nilai sesuatu saham sebagai meningkatkan popularitinya dan tak kurang  pula menerima khabar buruk dan gembira tentang saham yang diniagakan. Malahan ramai yang mengeluh disebabkan menanggung kerugian ribuan dan jutaan ringgit kerana perdagangan saham.

Ini berlainan dengan Nilai Emas! Penurunannya adalah disebabkan oleh pembetulan pasaran yang mana biasanya pada hujung tahun harga emas yang melonjak terus ke paras tertinggi telah memujuk ramai penyimpan emas mengambil kesempatan untuk menjualnya bagi mendapat untung. Maka berlakulah penawaran yang menimbun di pasaran seluruh dunia. Itulah sebabnya berlaku penurunan harga emas dalam jangka masa sementara, ini juga berlaku kepada komoditi yang lain. Kalau kita melihat tren, biasanya harga emas akan mula naik setelah ramai pemegang emas mula menyimpan semula. Ini berlaku pada setiap tahun diantara bulan April, Mei, Jun dan Julai.

Manakala saya melihat kenaikan demi kenaikan harga emas berlaku sejak 30 Januari 2011 telah menyaksikan      betapa rancaknya perdagangan emas di pasaran dunia hingga membawa ke paras tertinggi  USD1368.30 peraun di dalam minggu ini. Saya juga bertambah yakin bahawa harga emas dunia akan sampai pada hujung tahun ini ke paras USD1700.00 peraun. 

Sebahagian daripada kita telah bemula menyimpan semula emas. Sebagai persediaan meningkatnya permintaan emas di seluruh dunia setiap hari, kita juga perlu ingat bahawa hasil bumi Allah s.w.a ini akan berkurangan maka bermulalah penawaran yang berkurangan. Jadi kemanakah harga emas akan pergi? Ke bawah ke atau ke atas..... so pikir-pikirkanlah..

Malahan sesiapa yang mempunyai, menyimpan dan memperdagangkan emas walau sekecil manapun, di masa akan mendatang terbukti menjadi nilai terbaik terhadap bencana dan kemerosotan ekonomi. Secara sederhananya saya yakin harga emas akan terus naik.

Jika anda masih belum menyimpan dan tidak ada sebutirpun emas mulakan sekarang demi melindungi segala kemungkinan yang berlaku ke atas ekonomi dunia. Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di 019-3029682 atau 010-5423597.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTykIZuu7wAlV73smiQKlg3KoF3OZSlBTjLQPT9UYGTedr5Tl8k9NgmNW5ifC0fvIaIif0eqKl360UVH9tbzBI7-h_EjeksTRdReCxCBbLa186KO-5DvQCFRHjzf69W95q5YLooTpBLpo2/s72-c/11022011+chart-crop.jpg
View detail
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. warisanemas gold silver - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger